Thursday, January 5, 2012

Coca Cola (best sgt ke?)

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.






Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

#mintak tolong share ..(copy dr facebook, entah sape post... (^_^)v ) mgkn rmai da tahu...

Wednesday, January 4, 2012

... ehehhehhehe (^_^)v

Bbdak kt malaysia nie mmg ramai y kne pengaruh kpop...entah laa mcm mne ley kna.. sy sndri pn xtau, sb sy pn terkena(ckit je ye, bukan kena pengaruh scara mengejut, dlu mmg sy suka drama korea sejak sklh rendah lg).. hehehe., tp xlaa fanatik sgt..
k, nie salah 1 lagu y sllu jgk saya dgr . rsa mcm best je maksud lgu nie... cuba korg layan....



Buah Delima



Bla cakap sal buah delima rsa nk makan je... tp skrg bknnya senang nk dpt buah nie., bleh dikatakn susah jugak la... buah delima biasanya kt kedai peniaga jual 3 atau 4 utk RM10.. mahal jgk laa an., tp klau y ad duit lbih ue biasa je laa lau stkat harga mcm ue... sbnrnya buah delima nie salah 1 buah yg saya suka lbh2 lagi bila da tau y buah nie merupakan salah 1 buah-buahan yg disebut dalam al quran.. hehe.,
nah nie dia serba sedikit sal buah delima...(copy dr blog org len)


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.
Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

JADI, JOMLAH KITA PAKAT P BELI BUAH DELIMA... JOM3, JOM PAKAT P BELI... HEHEHEHEHE

NIAT DALAM SOLAT 5 WAKTU

Kepada adik2 y baru nk belajar solat:-
































                            KHASIAT SERTA MANFAAT SURAH AL FATIHAH
1- Aman daripada segala macam gangguan dan bencana , terkecuali hanyalah maut. Cara melakukan nya ialah di baca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas dan surah al-falaq dan surah An nass , ketika hendak tidur menurut NABI MUHAMMAD S.A.W.
2-Untuk mengubati seluruh penyakit . Ibnu Abbas r.a berkata :
“hasan bin Ali r.a sedang dalam keadaan sakit , sehingga Nabi S.a.w ikut menyusahkanya , lalu ALLAH s.w.t meurunkan wahyu kepadanya , agar dibaca surah Al-Quran yang tidak terdapat huruf faak padanya {surah al-fatihah} , pasa sebuah bejana yang berisi air sebanyak empat puluh kali. Kemudian beliau membasuhkan dua tangan orang yang sakit itu , dan dua kakinya , dan mukanya dan kepalanya , dan seluruh batang tubuhnya.” Ternyata ALLAH s.w.t menyembuhkanya.
3- Untuk mengubati sakit mata dan telah di cuba berkali-kali.
Caranya ialah :
surah AL-FATIHAH dibaca empat puluh satu kali diantara solat sunat sebelum subuh dah solat fardu subuh.Maka akan segera sihat sihat dengan keizinan ALLAH S.W.T .terlebih lagi mata yang sakit itu disapu pelan-pelan dengan air ludahnya setelah selesai membacanya.
khasiat-khasiat yang lain :
dapat mengubati sakit gigi , atau sengatan binatang berbisa dan lain-lainya..kesemua nya itu dapat dilihat pada Kitab Fathul Malikil majid , halaman 8…rahsia sursah

(SMUA Y DIATAS SAYA COPY DR BLOG ORG LEN JE...HEHEHHEEHE ., tp xpe laa an, nie smua utk kebaikan kta) :p 

Al fatihah...

Tidak sempurna solat kita tanpa membaca surah al fatihah jadi sama2lah kita hayati maksud al fatihah dan alunan bacaan al fatihah...
(sekiranya ada kesilapan pada bacaan sila bg komen)

Al Fatiha (Pembukaan) 1 - 7:

1. Bismillaahir rahmaanir rahiim.
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


2. Alhamdu lillaahi rabbil 'aalamiin.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


3. Arrahmaanir rahiim.
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


4. Maaliki yaumid diin.
4. Yang menguasai hari pembalasan.


5. Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.


6. Ihdinash shiraathal mustaqiim.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.


7. Shiraathal ladziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim wa ladh dhaalliin.
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.



Sila buka link dbawah utk mendengar alunan bacaan surah al fatihah:
 http://www.youtube.com/watch?v=WsT1tL1fogk&feature=related